30 December 2009

M.C. + Cuti = Yieeehhaaaa!!!!

Habis saja event PC Fair yang gua handle tiap-tiap tahun bagi pihak company tempat gua cari makan, gua dah mula rasa tak sedap badan. Lutut gua sakit. Sendi-sendi semua rasa lenguh. Tulang belulang rasa sengal. Gua syak mungkin sebab gua banyak berdiri & berjalan time kerja. Balik rumah, cinta hati gua dah terbungkang tidur dengan aman. Malas pulak nak kejut minta tolong picit badan gua. Gua pekena mandi sambil menyanyi lagu-lagu M. Nasir. Apahal pulak tiba-tiba gua menyanyi lagu M.Nasir pun gua tak tahu.

Habis mandi, gua terus stunt atas katil. Pehhhh... dia punya nikmat dapat pekena baring macam dapat pekena teh ais warung Kubang Semang time panas terik. Gua capai bam gamat panas yang gua beli masa pergi Langkawi bulan lepas. Gua calit dekat tempat-tempat yang gua rasa lenguh. Gua gosok sampai bam tu meresap dalam kulit. Cilakak! Tak rasa panas pun! Rasa sengal pun tak hilang.

Gua campak bam gamat tu bawah katil. Takkan gua nak karate pulak botol bam tu? Dalam kepala, gua terbayang-bayang muka pak cik bam gamat tu tersengih-sengih sebab dapat tipu gua. Tak apa, lain kali kalau gua pergi Langkawi lagi, gua akan cari pak cik tu. Kalau tak dapat karate tengkuk dia, dapat luku kepala sikit pun jadilah..

Gua mula rasa gelisah. Mata mengantuk. Badan sudah letih, tapi gua masih tak dapat tidur. Makin lama badan gua makin rasa sakit. Gua bangun sambil baca ayat Qursi. Manalah tahu kot-kot ada puaka mana pulak yang hinggap kat badan gua ni. Gua pandang cinta hati gua yang masih tidur. Nampak gayanya gua kena kejutkan dia jugak minta tolong dia picitkan badan gua. Takkan gua nak call Sukri Supian pulak malam-malam buta ni minta dia datang rumah tolong urut badan gua? Untung gua dah kahwin. Cinta hati picit badan gua sampai lena.

Bangun tidur, peha kanan gua rasa sakit & panas. Bila gua tengok, peha gua penuh dengan bintik-bintik merah. Saka siapa pulak yang gigit peha gua ni? Lepas mandi & pekena nasi goreng, gua terus pecut pergi klinik. Doktor kata gua kena penyakit kayap. doktor bagi M.C 4 hari. Yieeeeehaaaa!!!

Habis M.C 4 hari, gua jumpa doktor lagi sebab masih belum sembuh. Doktor bagi lagi M.C 2 hari.

Bila gua hitung balik, campur M.C dan cuti tahunan yang gua ambil sampai Krismas, dalam bulan Disember ni gua hanya kerja 9 hari je. Baki 22 hari lagi gua tak kerja. Cuti sakan kata orang kampung gua. Kalau tiap-tiap bulan macam ni memang best!! Boleh lingkup company tempat gua kerja.

Yieeeehaaaa!!!!!

10 November 2009

Cuti 2

Sesekali pekena minum air cokelat panas dalam bilik berhawa dingin memang seronok. Rasa macam orang kaya.

Time cuti, gua pekena tidur sampai lebam. Bangun pagi, lepas mandi gua pekena sarapan. Habis sarapan, gua masuk bilik sambung suratkhabar. Dalam suratkhabar, asyik-asyik cerita pasal artis, bunuh, rasuah dan cerita kemalangan. Tak ada cerita lain. Gua campak suratkhabar bawah katil. Gua buka penghawa dingin kuat-kuat. Biar rasa sejuk macam duduk di England. sambil pekena baring atas katil, gua buka tivi. Perut sudah kenyang, hati banyak senang, mata dah mula kuyu.

Selepas itu, gua dah tak ingat apa-apa...

09 November 2009

Cuti


Dalam 1 tahun, gua dibenarkan ambil cuti tahunan sebanyak 25 hari. Cuti tahun lepas yang gua bawa ketahun ini masih ada baki 1 hari. Cuti ganti sebab gua selalu kerja di hari minggu ada dekat-dekat 10 hari. Tu belum campur lagi dengan cuti ganti yang gua kira sedekah balik kat kompeni gua. Tetapi, memandangkan gua memang sibuk bekerja macam PM, banyak cuti-cuti gua tak sempat diambil. Bila fikir-fikir balik, kadang-kadang gua rasa macam nak jek tengah belakang Syed Omar.

Bila selalu sangat bekerja 7 hari seminggu tanpa cuti, badan gua dah mula rasa lemau. Kepala jadi berat. Mata selalu mengantuk. Fikiran rasa kosong. Otak rasa dah tepu. Hati makin panas. Mulut mula rasa macam nak mencarut. Sampai satu tahap, kadang-kadang gua dah mula bercakap dengan komputer. Kucing lalu kat sebelahpun gua boleh tahan ajak pekena asap. Gua tak kira! Gua mesti ambil cuti!

08 November 2009

Gua dah tua...

Kepada member-member yang sanggup bersusah payah bagi blackout rumah, order kek, beli ayam kentaki, teh ais, cokelat dan sanggup tunda balik jumpa bini di kampung sebab nak sambut birthday gua yang dah semakin tua ni, gua dengan ini mengucapkan bebanyak terima kasih. Lu semua memang dah berjaya surprisekan gua.

Tahun depan, kalau nak surprisekan gua dengan lebih dahsyat lagi, sila sediakan hadiah berupa Mitsubishi Lancer kaler putih idaman gua. Paling komanpun Honda Civic 2.0 kaler putih. Lagi gempak kalau bagi gua hadiah Toyota Camry.

12 October 2009

Melayu

Sukri Supian sedang khusyuk menelaah. Sambil belajarpun masih nak hisap rokok. Gua rasa nak tempeleng je si Sukri Supian ni.

Selepas berkarton - karton rokok habis dihisap, 18 ikat daun rokok, 30 kilo tembakau jawa, 6 kali menangis sebab tak boleh buat karangan, 2 kali kecewa kerana perempuan, 312 bungkus air teh ais, 400 gelas air teh o ais, 40 pinggan nasi kandar, 15 botol air mineral, 44 kali bergaduh dengan Leh Kg. Pelet, 66 kali teman Dewa Makan tidur, 36 kali pergi jemput dan hantar Mat Adi, 3 kali repeat paper yang sama, 3 kali lambat hantar assignment yang gua bagi, 3 kali kena tibai tengah belakang dengan gua dan 800 kali kena kutuk dengan member - member, akhirnya Sukri Supian berjaya jugak dapat kredit 6 SPM Kertas Julai Bahasa Melayu.

Maka gua, selaku guru tuisyen Sukri Supian yang selalu rasa nak jek tengah belakang dia sebab buat ayat karangan lintang pukang macam ceramah politik, dengan ini mengisytiharkan bahawa Sukri Supian telah sah menjadi penduduk Malaysia berbangsa Melayu.

11 October 2009

Bumbleblack


Kereta 4 pintu ini gua beli dengan hasil titik peluh gua sendiri masa gua kerja kat Kolumpo dulu. Walaupun kereta gua hanya kereta buatan malaysia dan tidaklah sehebat kereta sukan jenama luar negara, gua tetap menganggap kereta gua ini sebagai kereta sukan. Gua namakan kereta sukan gua sebagai 'Bumbleblack'.

Time mula-mula beli, jangan sesapa memandai-mandai nak menyandar kat badan Bumbleblack kalau tak mau kena silambam dengan gua. Gua cukup sayang Bumbleblack sampaikan pernah gua nak letak kelambu time parking kat rumah supaya tak kena gigit nyamuk. Pernah sekali gua maki kucing yang kencing kat Bumbleblack 4 hari 4 malam berturut-turut. Gua dah nyaris-nyaris nak jumpa bomoh siam. Biar kucing tu kena santau. Tetapi memandangkan kucing tu hanya seekor binatang, gua pendamkan saja niat gua tu. Sampai hari ini gua dah tak nampak kucing tu lagi. Gua syak dia mungkin dah lari ikut jantan Bangladesh pergi Singapore.

Kerana Bumbleblack ini jugalah Fasha Sandha & Lisa Surihani pernah nyaris-nyaris nak jadi couple gua. Mujur diorang tak jadi couple gua, kalau tidak Mat Adi dengan Dewa Makan mungkin tak mau jadi member gua lagi.

Dengan Bumbleblack ini jugalah gua bawa balik dari Kolumpo untuk tayang kat orang-orang kampung. Lubang hidung time tu tak payah cerita la. Kembang macam lubang hidung Dewa Makan. Kiranya gua dah berjaya buktikan kat orang kampung yang gua telah berjaya hidup di perantauan. Mak gua pun time tu turut kembang lubang hidung. Kehulu-kehilir gua bawa mak gua round. Cakap saja mana nak pergi, Bumbleblack akan menjalankan kewajipannya dengan penuh gaya.

Hari ini, seperti selalu gua bawa Bumbleblack pergi kerja. Walaupun hari Sabtu macam ni sepatutnya gua boleh pekena tidur kat rumah, tetapi sebagai kutu berkerjaya yang berdedikasi, gua tetap pergi kerja menjalankan amanah. Kerja hari ni bukan sebarang kerja. Cuaca panas terik. Walaupun kerja dipayungi khemah sambil ditiup angin kipas yang ligat berputar, bahang panas tu tetap membuatkan gua cepat rasa dahaga. 8 gelas air gua minum, tapi masih dahaga. Nasib baik Dewa Makan tak kerja macam gua, kalau tidak mau habis 3 baldi air oren. Dalam kepala otak gua asyik teringat rumah. Time-time panas macam ni kalau pekena baring dalam bilik berhawa dingin pun sedap jugak. Peluh dah mencurah-curah membasahi baju gua. Kepalapun dah rasa berat semacam. Gua terus decide, gua tak boleh kerja lama hari ni. Gua bagi isyarat kat member gua bagitau nak belah balik rumah pekena baring.

Gua terus berjalan gaya bebas menuju ke Bumblecblack. Dari jauh gua tekan punat kawalan jauh. Gua ingat bila dapat gaji nanti, gua nak modified Bumbleblack. Gua nak modified Bumbleblack gua jadi macam Knight Rider. Senang sikit gua nak panggil. Tak payah gua menapak jauh bila nak naik Bumbleblack. Sampai saja kat Bumbleblack, gua syak ada sesuatu yang tak kena dekat bucu bumper depan sebelah kiri. Hati gua berdebar-debar. Gua tenung dekat-dekat. Sah! Memang Bumbleblack gua kene gesel dengan kereta lain. Bumbleblack dah ternoda! Cilakak!!

Pandangan mata gua dah mula berkaca-kaca....

07 October 2009

Kunjungan Raya ke rumah Mat Adi


Raya tahun ini paling bermakna dalam hidup gua. Selain dapat beraya bersama awek gua di rumah mertua pada raya pertama, tahun ni jugak paling banyak gua menziarahi rumah kaum kerabat dan sahabat handai. Raya tahun-tahun sebelum ni? Malas gua nak cerita. Asyik plan tapi tak pernah menjadi. Bila fikir-fikir balik, gua rasa nak paranawei je Sukri Supian dengan Yusry.



Raya ketiga, gua & isteri bersama Sukri Supian, Yusry, Mat Top, Panglima dan tidak ketinggalan Dewa Makan serta isteri melakukan kunjungan hormat ke rumah Mat Adi. Macam biasa, Dewa Makan mesti sampai lambat. Perangai macam Metallica! Gua dah dua round pekena laksa tapi Dewa Makan masih belum tiba. Sukri Supian tak payah cerita la, sembang pung pang pung pang. Hisap rokok macam naga. Gua syak dalam dada dia ada kaburetor kubota kot.



Sambil menunggu ketibaan Dewa Makan, gua dengan kawan-kawan sempat pergi tengok pokok limau madu dan sungai. Masing-masing muka macam orang Kolumpo tengok sawah padi. Sukri Supian macam biasa la, mula menyanyi dengan penuh feel. Kononnya macam orang Kolumpo dapat balik beraya dikampung. Gua rasa macam nak jek satu kali kat belakang dia bila dengar suara dia menyanyi.




Panglima yang selalu diam menyepi tiba-tiba pulak buat perangai. Panglima dengan selamba terus buka pakaian dan terjun ke dalam sungai. Gua syak hantu air dah rasuk dia. Bila tengok aksi Panglima terkodek-kodek dalam air, Sukri Supian turut nak tunjukkan skil. Time tu gua dah tak tahan. Hati gua panas. Gua terus silambam Sukri Supian dengan batang buluh. Asal orang lain tunjuk skil, dia mesti nak tunjuk skil. Nasib baik Mat Top tenangkan gua.



Balik dari mandi sungai, Dewa Makan tanpa segan dan silu terus buka strategi menyerang laksa yang telah siap terhidang. Dewa Makan kalau jumpa makanan jangan ada sesapa memandai-mandai pergi halang kalau tak mau kena sumpah jadi air oren.







Gua dah arif sangat dengan Dewa Makan. Setakat laksa 2 pinggan belum cukup dapat memuaskan hati beliau. Selepas ambil nafas lebih kurang 1 minit, Dewa Makan terus menjalankan strategi selanjutnya.




Dewa Makan hanya akan berhenti setelah betul-betul kenyang dan puas hati. Gua selaku pemerhati bebas dalam setiap kejohanan makan faham sangat dengan perangai Dewa Makan. Kalau mata Dewa Makan dah mula kuyu dan mula menampakkan wajah yang manja, itu maknanya Dewa Makan dah kenyang.
Simptom-simptom lain yang mengisyaratkan Dewa Makan telah kenyang adalah seperti gambar dibawah:









----SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN ----




Jin Jahat


Gua heran. Setiap kali gua bergambar dengan artis tak kira lelaki ke perempuan, mesti mereka nak peluk bahu gua. Gua tak kisah kalau yang peluk gua tu artis perempuan, tapi bila artis lelaki yang peluk gua, gua rasa agak seram. Lepas bergambar, gua terus karate stage kat belakang tu.


Kan gua dah cakap, mesti nak peluk bahu gua. Time bergambar beramai-ramai macam ni pun, mesti nak jugak peluk gua. Lepas bergambar, gua terus tendang kerusi kat belakang stage tu…


Tapi gua agak jeles bila En. Padzil dapat ambil gambar sebelah awek cun. Awek ni bukan sebarang awek. Walaupun awek ni awek indon, tapi dia artis Fabulous Cat. Kelihatan En. Padzil tersenyum king kong, cuba control macho. Time gua tengok gambar ni, terus gua karate tengkuk kucing yang lalu sebelah gua…..

Sukri Supian


Sukri Supian. Member kamceng gua kat kampung. Selain gua, member-member lain pun kamceng jugak dengan mamat ni. Kerjaya mamat ni lebih menjurus kepada kerja-kerja kampung.Setakat nak buat pendawaian elektrik rumah banglo 3 tingkat tu kira celah gigi dia yang diselaputi narkotin je. Menurut sejarah yang gua sendiri tak pasti akan kesahihannya, beliau turut terlibat dalam projek pendawaian Hotel Al-Burj di Dubai. Bukan runcit-runcit punya projek.

Sukri Supian juga dikenali sebagai pesawah yang berjaya dan penghisap rokok tegar. Dari apa yang gua dengar, Sukri Supian juga turut menyimpan cita-cita untuk menjadi penternak keli dan petani cili yang bertaraf jutawan. Gua kadang-kadang rasa nak lempang jugak mamat ni bila dengar dia punya cita-cita. Tapi memandangkan niat suci murni dia yang boleh membantu menjana ekonomi negara, maka gua pendamkan saja niat tidak baik gua itu.
Setiap hari selain dari hari Jumaat, tepat jam 6.30 petang, Sukri Supian akan terhiling-hiling di warung sebelah masjid Kubang Semang. Lu jangan nak memandai ajak dia pergi mana-mana time tu. Aktiviti lepak di warung Kubang Semang tu dah kira macam solat wajib bagi dia. Warung Kubang Semang dah macam isi dengan kuku. Bau badan dia dengan warung tu pun dah macam sama. Gua pun kadang-kadang heran jugak dengan Sukri ni.

Sukri, Sukri...

19 August 2009

Bila Dewa Makan Turun ke Bumi


Sabtu lepas, gua buat kenduri. Taklah besar, runcit-runcit je. Gua cukup suka bila Dewa Makan terima invitation gua. Sebagai Dewa Makan, protokol ketika nak makan amtlah dititik beratkan. Setiap suapan mesti diiringi dengan gaya dan strategi. Kelihatan Sukri Supian merangkap Pengarah UPU Tanah Liat sedang asyik memerhatikan gerak gempur yang akan dilancarkan oleh Dewa Makan.





Gambar - gambar diatas menunjukkan strategi Dewa Makan dari mula hingga 2 jug air oren berjaya dihabiskan


Gua dah stand by lagi 1 jug air oren kat belakang dapur. Gua tau Dewa Makan tak akan cukup dengan 2 jug air. Paling koman mesti 3 jug. Dalam gua dok berkira-kira nak pergi ambil lagi 1 jug air oren, Mat Top yang pernah memegang gelaran 'Jejaka Paling Hip & Cool' di alam maya dengan sepantas kilat mententeramkan Dewa Makan. Dewa Makan yang gua syak dah hampir-hampir nak muntah berdasarkan matanya yang kuyu akhirnya akur dengan pujukan Mat Top. Selamat air oren gua 1 jug.....


Mamat ni? Macam biasalah, sembang pung pang pung pang….

17 July 2009

Bakal Hero Malaya


Rosyam : Trend ‘hero’ sekarang dah berubah. Tak macam dulu lagi.
Gua : Maksud lu bro?
Rosyam : Hero sekarang tak perlu yang hensem2. Industri filem sekarang nak hero yang
comel-comel.
Gua : Contohnya?
Rosyam : Contohnya macam Afdlin Shauki. Dia comel dan boleh jadi hero.
Gua : So?
Rosyam : So, gua akan angkat nama lu melalui filem-filem gua yang seterusnya. Lu akan
jadi ‘hero’ dalam filem-filem gua. Gua akan gandingkan lu dengan Lisa Surihani atau Fasha Sandha. Lu akan compete dengan Afdlin. Kalau gua selalu dilabel sebagai ‘Hero Tua Malaya’, lepas ni gua akan make sure lu akan jadi ‘Hero Tercomel Malaya’

02 July 2009

2 tahun

2007. Tahun yang buat gua sedikit kelam kabut hidup di Kelumpo ni. Kalau tahun-tahun sebelum tu, gua tak payah pakai smart-smart pergi kerja, tapi tahun ni gua kena selalu pakai tali leher. Cilakak! Rasa macam nak gantung diri. Apa kejadahnya tiap-tiap hari kena ikat tengkuk sendiri dari pagi sampai petang? Kadang-kadang gua rasa macam nak menyesalpun ada. Kalau dulu, time gua kerja tanpa pakai tali leher, gua boleh claim OT ribu-ribu, tapi tahun ni jangan harap. Tahun ni tahun dimana gua kena kerja pakai tali leher. Tetapi, sebagai kutu yang berkarisma, gua ikut saja arahan bos gua.



Pertengahan tahun 2007, bos gua bagi gua kerja tetap. Masih kena pakai tali leher. Tapi gua tak pakaipun. Kerja dah tetap, gua apa peduli! Satu hari, bos panggil gua masuk bilik. Gua syak dia nak suruh gua buat sesuatu. Habis cikai pun dia nak berleter. Dalam poket seluar, gua dah stand by buku lima. Kali ni, kalau bos suruh gua buat kerja yang bukan-bukan, gua akan buka buah Ong Bak. Gua ketuk pintu dua kali.



''Masuk''!

''Morning bos...'' gua speaking. Time tu gua rasa bangga macam menang Piala Thomas. Tak sia-sia mak gua hantar gua masuk sekolah. Gua berdiri terpacak depan meja bos gua.



''Hmmm... duduk''!

''Ada apa bos panggil gua, err....saya''?

''Hmmm... prestasi awak nampaknya ada peningkatan. Tapi, sasaran jualan awak masih jauh, pung pang pung pang......."



Gua dah rasa sengal semacam. Mengantukpun ada juga. Gua tengok jam kat tangan. Dah 40 minit. Boleh tahan jugak bos gua ni. Mulut dah berbuih, tapi masih boleh berceramah lagi. Masuk minit yang ke 41, tiba-tiba gua rasa naik angin. Kata-kata terakhir bos membuatkan darah gua menyirap. Bos bagi target jualan RM1.7 juta. Cilakak! Gua tak setuju. Gua terus tempeleng bos gua.



1 Julai 2007. Mata gua berpinau-pinau. Telinga gua terdengar bunyi ombak menghempas pantai. Sah! Gua dah kena tukar kerja ke kampung gua.



Dah 2 tahun rupanya gua kat pulau ni...

23 June 2009

Tenggelam timbul

Gua kadang-kadang ada rasa nak menangis. Tetapi selalunya gua rasa nak marah-marah. Time marah-marah macam ni, kalau boleh jek satu kali kat belakang badan sapa-sapa memang sedap ni.


Ah, pekena asap dulu la. Macam setan!