01 January 2010

Di Ambang 2010

Malam tahun baru. Selalunya gua hanya lepak kat rumah. Malas gua nak bersesak-sesak kat luar sambil berhimpit-himpit dengan yang bukan muhrim dengan gua. Tu belum campur bab-bab nak tunjuk muka innocent dengan Sarjan Misai bila kena tahan time roadblock. Sukri Supian pernah nyaris nak kena tempeleng dengan gua sebab ajak gua pergi tengok bunga api kat Dataran Merdeka. Baca quran kat rumah lagi baik. Setakat nak tengok bunga api, lebih baik gua terbungkang depan TV sambil layan kacang putih atau hijau. Kalau tak ada kacang, gua makan kuaci. Sambil terbungkang depan TV pun gua tetap dapat tengok bunga api.

Dalam sejarah hidup gua, masuk kali ni baru 2 kali gua sambut tahun baru kat luar. Itupun sebab gua kena kerja malam tahun baru. Semalam gua kena bertugas di Tapak Pesta Pulau Pinang. Sambil buat kerja, gua pergi tengok konsert May dengan XPDC. Gua perhati sekeliling gua. Masih ramai peminat rock di Penang ni, cuma tak sehebat macam zaman gua sekolah rendah dulu. Kalau dulu, asal ada konsert rock mesti ramai mat mat rock rambut panjang berlungguk-lungguk depan stage sambil angguk-angguk kepala. Gua pernah sekali angguk kepala masa layan lagu rock dalam bilik tidur kat rumah. Sudahnya tengkuk gua rasa sakit. Taubat gua tak mau angguk kuat-kuat lagi.

Masa tengah layan Mus menyanyi sambil layan bunyi musik yang boleh kasi gegar kepala, gua nampak satu couple depan gua. Si awek bertudung litup, pakai seluar jeans & t-shirt ketat. Boleh tahan jugak cara dia dreasing gua tengok. Si mamat pulak berambut pendek cacak. Gua konfem cicak mesti mengucap time melintas atas kepala dia. Nak kata rock pun tidak, nak kata punk pun tidak. Si mamat asyik dok peluk si awek dari belakang. Bila Mus jerit-jerit sambil angkat-angkat tangan tunjuk sign rock, si mamat tu pun turut ikut buat macam Mus. Konon nak bagi awek dia rasa kagum la. Time tu gua rasa macam nak bagi tendangan Ong Bak dekat kepala mamat tu. Takpun gua jek satu kali kat tengah belakang dia. Dressing gaya jiwang, tapi nak tunjuk rock depan awek. Yang paling gua tak berkenan sebab mamat tu asyik dok peluk awek dia macam laki bini. Heh, dia ingat dia boleh tipu mata gua. Sekali pandang pun gua boleh tau dah kahwin atau belum. Kalau muka dah macam budak sekolah, tak payah nak berlakon depan gua. Cilakak! Tumpul selera gua nak tengok konsert.

30 December 2009

M.C. + Cuti = Yieeehhaaaa!!!!

Habis saja event PC Fair yang gua handle tiap-tiap tahun bagi pihak company tempat gua cari makan, gua dah mula rasa tak sedap badan. Lutut gua sakit. Sendi-sendi semua rasa lenguh. Tulang belulang rasa sengal. Gua syak mungkin sebab gua banyak berdiri & berjalan time kerja. Balik rumah, cinta hati gua dah terbungkang tidur dengan aman. Malas pulak nak kejut minta tolong picit badan gua. Gua pekena mandi sambil menyanyi lagu-lagu M. Nasir. Apahal pulak tiba-tiba gua menyanyi lagu M.Nasir pun gua tak tahu.

Habis mandi, gua terus stunt atas katil. Pehhhh... dia punya nikmat dapat pekena baring macam dapat pekena teh ais warung Kubang Semang time panas terik. Gua capai bam gamat panas yang gua beli masa pergi Langkawi bulan lepas. Gua calit dekat tempat-tempat yang gua rasa lenguh. Gua gosok sampai bam tu meresap dalam kulit. Cilakak! Tak rasa panas pun! Rasa sengal pun tak hilang.

Gua campak bam gamat tu bawah katil. Takkan gua nak karate pulak botol bam tu? Dalam kepala, gua terbayang-bayang muka pak cik bam gamat tu tersengih-sengih sebab dapat tipu gua. Tak apa, lain kali kalau gua pergi Langkawi lagi, gua akan cari pak cik tu. Kalau tak dapat karate tengkuk dia, dapat luku kepala sikit pun jadilah..

Gua mula rasa gelisah. Mata mengantuk. Badan sudah letih, tapi gua masih tak dapat tidur. Makin lama badan gua makin rasa sakit. Gua bangun sambil baca ayat Qursi. Manalah tahu kot-kot ada puaka mana pulak yang hinggap kat badan gua ni. Gua pandang cinta hati gua yang masih tidur. Nampak gayanya gua kena kejutkan dia jugak minta tolong dia picitkan badan gua. Takkan gua nak call Sukri Supian pulak malam-malam buta ni minta dia datang rumah tolong urut badan gua? Untung gua dah kahwin. Cinta hati picit badan gua sampai lena.

Bangun tidur, peha kanan gua rasa sakit & panas. Bila gua tengok, peha gua penuh dengan bintik-bintik merah. Saka siapa pulak yang gigit peha gua ni? Lepas mandi & pekena nasi goreng, gua terus pecut pergi klinik. Doktor kata gua kena penyakit kayap. doktor bagi M.C 4 hari. Yieeeeehaaaa!!!

Habis M.C 4 hari, gua jumpa doktor lagi sebab masih belum sembuh. Doktor bagi lagi M.C 2 hari.

Bila gua hitung balik, campur M.C dan cuti tahunan yang gua ambil sampai Krismas, dalam bulan Disember ni gua hanya kerja 9 hari je. Baki 22 hari lagi gua tak kerja. Cuti sakan kata orang kampung gua. Kalau tiap-tiap bulan macam ni memang best!! Boleh lingkup company tempat gua kerja.

Yieeeehaaaa!!!!!

10 November 2009

Cuti 2

Sesekali pekena minum air cokelat panas dalam bilik berhawa dingin memang seronok. Rasa macam orang kaya.

Time cuti, gua pekena tidur sampai lebam. Bangun pagi, lepas mandi gua pekena sarapan. Habis sarapan, gua masuk bilik sambung suratkhabar. Dalam suratkhabar, asyik-asyik cerita pasal artis, bunuh, rasuah dan cerita kemalangan. Tak ada cerita lain. Gua campak suratkhabar bawah katil. Gua buka penghawa dingin kuat-kuat. Biar rasa sejuk macam duduk di England. sambil pekena baring atas katil, gua buka tivi. Perut sudah kenyang, hati banyak senang, mata dah mula kuyu.

Selepas itu, gua dah tak ingat apa-apa...

09 November 2009

Cuti


Dalam 1 tahun, gua dibenarkan ambil cuti tahunan sebanyak 25 hari. Cuti tahun lepas yang gua bawa ketahun ini masih ada baki 1 hari. Cuti ganti sebab gua selalu kerja di hari minggu ada dekat-dekat 10 hari. Tu belum campur lagi dengan cuti ganti yang gua kira sedekah balik kat kompeni gua. Tetapi, memandangkan gua memang sibuk bekerja macam PM, banyak cuti-cuti gua tak sempat diambil. Bila fikir-fikir balik, kadang-kadang gua rasa macam nak jek tengah belakang Syed Omar.

Bila selalu sangat bekerja 7 hari seminggu tanpa cuti, badan gua dah mula rasa lemau. Kepala jadi berat. Mata selalu mengantuk. Fikiran rasa kosong. Otak rasa dah tepu. Hati makin panas. Mulut mula rasa macam nak mencarut. Sampai satu tahap, kadang-kadang gua dah mula bercakap dengan komputer. Kucing lalu kat sebelahpun gua boleh tahan ajak pekena asap. Gua tak kira! Gua mesti ambil cuti!

08 November 2009

Gua dah tua...

Kepada member-member yang sanggup bersusah payah bagi blackout rumah, order kek, beli ayam kentaki, teh ais, cokelat dan sanggup tunda balik jumpa bini di kampung sebab nak sambut birthday gua yang dah semakin tua ni, gua dengan ini mengucapkan bebanyak terima kasih. Lu semua memang dah berjaya surprisekan gua.

Tahun depan, kalau nak surprisekan gua dengan lebih dahsyat lagi, sila sediakan hadiah berupa Mitsubishi Lancer kaler putih idaman gua. Paling komanpun Honda Civic 2.0 kaler putih. Lagi gempak kalau bagi gua hadiah Toyota Camry.

12 October 2009

Melayu

Sukri Supian sedang khusyuk menelaah. Sambil belajarpun masih nak hisap rokok. Gua rasa nak tempeleng je si Sukri Supian ni.

Selepas berkarton - karton rokok habis dihisap, 18 ikat daun rokok, 30 kilo tembakau jawa, 6 kali menangis sebab tak boleh buat karangan, 2 kali kecewa kerana perempuan, 312 bungkus air teh ais, 400 gelas air teh o ais, 40 pinggan nasi kandar, 15 botol air mineral, 44 kali bergaduh dengan Leh Kg. Pelet, 66 kali teman Dewa Makan tidur, 36 kali pergi jemput dan hantar Mat Adi, 3 kali repeat paper yang sama, 3 kali lambat hantar assignment yang gua bagi, 3 kali kena tibai tengah belakang dengan gua dan 800 kali kena kutuk dengan member - member, akhirnya Sukri Supian berjaya jugak dapat kredit 6 SPM Kertas Julai Bahasa Melayu.

Maka gua, selaku guru tuisyen Sukri Supian yang selalu rasa nak jek tengah belakang dia sebab buat ayat karangan lintang pukang macam ceramah politik, dengan ini mengisytiharkan bahawa Sukri Supian telah sah menjadi penduduk Malaysia berbangsa Melayu.

11 October 2009

Bumbleblack


Kereta 4 pintu ini gua beli dengan hasil titik peluh gua sendiri masa gua kerja kat Kolumpo dulu. Walaupun kereta gua hanya kereta buatan malaysia dan tidaklah sehebat kereta sukan jenama luar negara, gua tetap menganggap kereta gua ini sebagai kereta sukan. Gua namakan kereta sukan gua sebagai 'Bumbleblack'.

Time mula-mula beli, jangan sesapa memandai-mandai nak menyandar kat badan Bumbleblack kalau tak mau kena silambam dengan gua. Gua cukup sayang Bumbleblack sampaikan pernah gua nak letak kelambu time parking kat rumah supaya tak kena gigit nyamuk. Pernah sekali gua maki kucing yang kencing kat Bumbleblack 4 hari 4 malam berturut-turut. Gua dah nyaris-nyaris nak jumpa bomoh siam. Biar kucing tu kena santau. Tetapi memandangkan kucing tu hanya seekor binatang, gua pendamkan saja niat gua tu. Sampai hari ini gua dah tak nampak kucing tu lagi. Gua syak dia mungkin dah lari ikut jantan Bangladesh pergi Singapore.

Kerana Bumbleblack ini jugalah Fasha Sandha & Lisa Surihani pernah nyaris-nyaris nak jadi couple gua. Mujur diorang tak jadi couple gua, kalau tidak Mat Adi dengan Dewa Makan mungkin tak mau jadi member gua lagi.

Dengan Bumbleblack ini jugalah gua bawa balik dari Kolumpo untuk tayang kat orang-orang kampung. Lubang hidung time tu tak payah cerita la. Kembang macam lubang hidung Dewa Makan. Kiranya gua dah berjaya buktikan kat orang kampung yang gua telah berjaya hidup di perantauan. Mak gua pun time tu turut kembang lubang hidung. Kehulu-kehilir gua bawa mak gua round. Cakap saja mana nak pergi, Bumbleblack akan menjalankan kewajipannya dengan penuh gaya.

Hari ini, seperti selalu gua bawa Bumbleblack pergi kerja. Walaupun hari Sabtu macam ni sepatutnya gua boleh pekena tidur kat rumah, tetapi sebagai kutu berkerjaya yang berdedikasi, gua tetap pergi kerja menjalankan amanah. Kerja hari ni bukan sebarang kerja. Cuaca panas terik. Walaupun kerja dipayungi khemah sambil ditiup angin kipas yang ligat berputar, bahang panas tu tetap membuatkan gua cepat rasa dahaga. 8 gelas air gua minum, tapi masih dahaga. Nasib baik Dewa Makan tak kerja macam gua, kalau tidak mau habis 3 baldi air oren. Dalam kepala otak gua asyik teringat rumah. Time-time panas macam ni kalau pekena baring dalam bilik berhawa dingin pun sedap jugak. Peluh dah mencurah-curah membasahi baju gua. Kepalapun dah rasa berat semacam. Gua terus decide, gua tak boleh kerja lama hari ni. Gua bagi isyarat kat member gua bagitau nak belah balik rumah pekena baring.

Gua terus berjalan gaya bebas menuju ke Bumblecblack. Dari jauh gua tekan punat kawalan jauh. Gua ingat bila dapat gaji nanti, gua nak modified Bumbleblack. Gua nak modified Bumbleblack gua jadi macam Knight Rider. Senang sikit gua nak panggil. Tak payah gua menapak jauh bila nak naik Bumbleblack. Sampai saja kat Bumbleblack, gua syak ada sesuatu yang tak kena dekat bucu bumper depan sebelah kiri. Hati gua berdebar-debar. Gua tenung dekat-dekat. Sah! Memang Bumbleblack gua kene gesel dengan kereta lain. Bumbleblack dah ternoda! Cilakak!!

Pandangan mata gua dah mula berkaca-kaca....