11 October 2009

Bumbleblack


Kereta 4 pintu ini gua beli dengan hasil titik peluh gua sendiri masa gua kerja kat Kolumpo dulu. Walaupun kereta gua hanya kereta buatan malaysia dan tidaklah sehebat kereta sukan jenama luar negara, gua tetap menganggap kereta gua ini sebagai kereta sukan. Gua namakan kereta sukan gua sebagai 'Bumbleblack'.

Time mula-mula beli, jangan sesapa memandai-mandai nak menyandar kat badan Bumbleblack kalau tak mau kena silambam dengan gua. Gua cukup sayang Bumbleblack sampaikan pernah gua nak letak kelambu time parking kat rumah supaya tak kena gigit nyamuk. Pernah sekali gua maki kucing yang kencing kat Bumbleblack 4 hari 4 malam berturut-turut. Gua dah nyaris-nyaris nak jumpa bomoh siam. Biar kucing tu kena santau. Tetapi memandangkan kucing tu hanya seekor binatang, gua pendamkan saja niat gua tu. Sampai hari ini gua dah tak nampak kucing tu lagi. Gua syak dia mungkin dah lari ikut jantan Bangladesh pergi Singapore.

Kerana Bumbleblack ini jugalah Fasha Sandha & Lisa Surihani pernah nyaris-nyaris nak jadi couple gua. Mujur diorang tak jadi couple gua, kalau tidak Mat Adi dengan Dewa Makan mungkin tak mau jadi member gua lagi.

Dengan Bumbleblack ini jugalah gua bawa balik dari Kolumpo untuk tayang kat orang-orang kampung. Lubang hidung time tu tak payah cerita la. Kembang macam lubang hidung Dewa Makan. Kiranya gua dah berjaya buktikan kat orang kampung yang gua telah berjaya hidup di perantauan. Mak gua pun time tu turut kembang lubang hidung. Kehulu-kehilir gua bawa mak gua round. Cakap saja mana nak pergi, Bumbleblack akan menjalankan kewajipannya dengan penuh gaya.

Hari ini, seperti selalu gua bawa Bumbleblack pergi kerja. Walaupun hari Sabtu macam ni sepatutnya gua boleh pekena tidur kat rumah, tetapi sebagai kutu berkerjaya yang berdedikasi, gua tetap pergi kerja menjalankan amanah. Kerja hari ni bukan sebarang kerja. Cuaca panas terik. Walaupun kerja dipayungi khemah sambil ditiup angin kipas yang ligat berputar, bahang panas tu tetap membuatkan gua cepat rasa dahaga. 8 gelas air gua minum, tapi masih dahaga. Nasib baik Dewa Makan tak kerja macam gua, kalau tidak mau habis 3 baldi air oren. Dalam kepala otak gua asyik teringat rumah. Time-time panas macam ni kalau pekena baring dalam bilik berhawa dingin pun sedap jugak. Peluh dah mencurah-curah membasahi baju gua. Kepalapun dah rasa berat semacam. Gua terus decide, gua tak boleh kerja lama hari ni. Gua bagi isyarat kat member gua bagitau nak belah balik rumah pekena baring.

Gua terus berjalan gaya bebas menuju ke Bumblecblack. Dari jauh gua tekan punat kawalan jauh. Gua ingat bila dapat gaji nanti, gua nak modified Bumbleblack. Gua nak modified Bumbleblack gua jadi macam Knight Rider. Senang sikit gua nak panggil. Tak payah gua menapak jauh bila nak naik Bumbleblack. Sampai saja kat Bumbleblack, gua syak ada sesuatu yang tak kena dekat bucu bumper depan sebelah kiri. Hati gua berdebar-debar. Gua tenung dekat-dekat. Sah! Memang Bumbleblack gua kene gesel dengan kereta lain. Bumbleblack dah ternoda! Cilakak!!

Pandangan mata gua dah mula berkaca-kaca....

No comments:

Post a Comment