10 November 2009

Cuti 2

Sesekali pekena minum air cokelat panas dalam bilik berhawa dingin memang seronok. Rasa macam orang kaya.

Time cuti, gua pekena tidur sampai lebam. Bangun pagi, lepas mandi gua pekena sarapan. Habis sarapan, gua masuk bilik sambung suratkhabar. Dalam suratkhabar, asyik-asyik cerita pasal artis, bunuh, rasuah dan cerita kemalangan. Tak ada cerita lain. Gua campak suratkhabar bawah katil. Gua buka penghawa dingin kuat-kuat. Biar rasa sejuk macam duduk di England. sambil pekena baring atas katil, gua buka tivi. Perut sudah kenyang, hati banyak senang, mata dah mula kuyu.

Selepas itu, gua dah tak ingat apa-apa...

09 November 2009

Cuti


Dalam 1 tahun, gua dibenarkan ambil cuti tahunan sebanyak 25 hari. Cuti tahun lepas yang gua bawa ketahun ini masih ada baki 1 hari. Cuti ganti sebab gua selalu kerja di hari minggu ada dekat-dekat 10 hari. Tu belum campur lagi dengan cuti ganti yang gua kira sedekah balik kat kompeni gua. Tetapi, memandangkan gua memang sibuk bekerja macam PM, banyak cuti-cuti gua tak sempat diambil. Bila fikir-fikir balik, kadang-kadang gua rasa macam nak jek tengah belakang Syed Omar.

Bila selalu sangat bekerja 7 hari seminggu tanpa cuti, badan gua dah mula rasa lemau. Kepala jadi berat. Mata selalu mengantuk. Fikiran rasa kosong. Otak rasa dah tepu. Hati makin panas. Mulut mula rasa macam nak mencarut. Sampai satu tahap, kadang-kadang gua dah mula bercakap dengan komputer. Kucing lalu kat sebelahpun gua boleh tahan ajak pekena asap. Gua tak kira! Gua mesti ambil cuti!

08 November 2009

Gua dah tua...

Kepada member-member yang sanggup bersusah payah bagi blackout rumah, order kek, beli ayam kentaki, teh ais, cokelat dan sanggup tunda balik jumpa bini di kampung sebab nak sambut birthday gua yang dah semakin tua ni, gua dengan ini mengucapkan bebanyak terima kasih. Lu semua memang dah berjaya surprisekan gua.

Tahun depan, kalau nak surprisekan gua dengan lebih dahsyat lagi, sila sediakan hadiah berupa Mitsubishi Lancer kaler putih idaman gua. Paling komanpun Honda Civic 2.0 kaler putih. Lagi gempak kalau bagi gua hadiah Toyota Camry.