30 December 2009

M.C. + Cuti = Yieeehhaaaa!!!!

Habis saja event PC Fair yang gua handle tiap-tiap tahun bagi pihak company tempat gua cari makan, gua dah mula rasa tak sedap badan. Lutut gua sakit. Sendi-sendi semua rasa lenguh. Tulang belulang rasa sengal. Gua syak mungkin sebab gua banyak berdiri & berjalan time kerja. Balik rumah, cinta hati gua dah terbungkang tidur dengan aman. Malas pulak nak kejut minta tolong picit badan gua. Gua pekena mandi sambil menyanyi lagu-lagu M. Nasir. Apahal pulak tiba-tiba gua menyanyi lagu M.Nasir pun gua tak tahu.

Habis mandi, gua terus stunt atas katil. Pehhhh... dia punya nikmat dapat pekena baring macam dapat pekena teh ais warung Kubang Semang time panas terik. Gua capai bam gamat panas yang gua beli masa pergi Langkawi bulan lepas. Gua calit dekat tempat-tempat yang gua rasa lenguh. Gua gosok sampai bam tu meresap dalam kulit. Cilakak! Tak rasa panas pun! Rasa sengal pun tak hilang.

Gua campak bam gamat tu bawah katil. Takkan gua nak karate pulak botol bam tu? Dalam kepala, gua terbayang-bayang muka pak cik bam gamat tu tersengih-sengih sebab dapat tipu gua. Tak apa, lain kali kalau gua pergi Langkawi lagi, gua akan cari pak cik tu. Kalau tak dapat karate tengkuk dia, dapat luku kepala sikit pun jadilah..

Gua mula rasa gelisah. Mata mengantuk. Badan sudah letih, tapi gua masih tak dapat tidur. Makin lama badan gua makin rasa sakit. Gua bangun sambil baca ayat Qursi. Manalah tahu kot-kot ada puaka mana pulak yang hinggap kat badan gua ni. Gua pandang cinta hati gua yang masih tidur. Nampak gayanya gua kena kejutkan dia jugak minta tolong dia picitkan badan gua. Takkan gua nak call Sukri Supian pulak malam-malam buta ni minta dia datang rumah tolong urut badan gua? Untung gua dah kahwin. Cinta hati picit badan gua sampai lena.

Bangun tidur, peha kanan gua rasa sakit & panas. Bila gua tengok, peha gua penuh dengan bintik-bintik merah. Saka siapa pulak yang gigit peha gua ni? Lepas mandi & pekena nasi goreng, gua terus pecut pergi klinik. Doktor kata gua kena penyakit kayap. doktor bagi M.C 4 hari. Yieeeeehaaaa!!!

Habis M.C 4 hari, gua jumpa doktor lagi sebab masih belum sembuh. Doktor bagi lagi M.C 2 hari.

Bila gua hitung balik, campur M.C dan cuti tahunan yang gua ambil sampai Krismas, dalam bulan Disember ni gua hanya kerja 9 hari je. Baki 22 hari lagi gua tak kerja. Cuti sakan kata orang kampung gua. Kalau tiap-tiap bulan macam ni memang best!! Boleh lingkup company tempat gua kerja.

Yieeeehaaaa!!!!!