07 October 2009

Kunjungan Raya ke rumah Mat Adi


Raya tahun ini paling bermakna dalam hidup gua. Selain dapat beraya bersama awek gua di rumah mertua pada raya pertama, tahun ni jugak paling banyak gua menziarahi rumah kaum kerabat dan sahabat handai. Raya tahun-tahun sebelum ni? Malas gua nak cerita. Asyik plan tapi tak pernah menjadi. Bila fikir-fikir balik, gua rasa nak paranawei je Sukri Supian dengan Yusry.



Raya ketiga, gua & isteri bersama Sukri Supian, Yusry, Mat Top, Panglima dan tidak ketinggalan Dewa Makan serta isteri melakukan kunjungan hormat ke rumah Mat Adi. Macam biasa, Dewa Makan mesti sampai lambat. Perangai macam Metallica! Gua dah dua round pekena laksa tapi Dewa Makan masih belum tiba. Sukri Supian tak payah cerita la, sembang pung pang pung pang. Hisap rokok macam naga. Gua syak dalam dada dia ada kaburetor kubota kot.



Sambil menunggu ketibaan Dewa Makan, gua dengan kawan-kawan sempat pergi tengok pokok limau madu dan sungai. Masing-masing muka macam orang Kolumpo tengok sawah padi. Sukri Supian macam biasa la, mula menyanyi dengan penuh feel. Kononnya macam orang Kolumpo dapat balik beraya dikampung. Gua rasa macam nak jek satu kali kat belakang dia bila dengar suara dia menyanyi.




Panglima yang selalu diam menyepi tiba-tiba pulak buat perangai. Panglima dengan selamba terus buka pakaian dan terjun ke dalam sungai. Gua syak hantu air dah rasuk dia. Bila tengok aksi Panglima terkodek-kodek dalam air, Sukri Supian turut nak tunjukkan skil. Time tu gua dah tak tahan. Hati gua panas. Gua terus silambam Sukri Supian dengan batang buluh. Asal orang lain tunjuk skil, dia mesti nak tunjuk skil. Nasib baik Mat Top tenangkan gua.



Balik dari mandi sungai, Dewa Makan tanpa segan dan silu terus buka strategi menyerang laksa yang telah siap terhidang. Dewa Makan kalau jumpa makanan jangan ada sesapa memandai-mandai pergi halang kalau tak mau kena sumpah jadi air oren.







Gua dah arif sangat dengan Dewa Makan. Setakat laksa 2 pinggan belum cukup dapat memuaskan hati beliau. Selepas ambil nafas lebih kurang 1 minit, Dewa Makan terus menjalankan strategi selanjutnya.




Dewa Makan hanya akan berhenti setelah betul-betul kenyang dan puas hati. Gua selaku pemerhati bebas dalam setiap kejohanan makan faham sangat dengan perangai Dewa Makan. Kalau mata Dewa Makan dah mula kuyu dan mula menampakkan wajah yang manja, itu maknanya Dewa Makan dah kenyang.
Simptom-simptom lain yang mengisyaratkan Dewa Makan telah kenyang adalah seperti gambar dibawah:









----SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN ----




No comments:

Post a Comment